Geng India : banyak dari mereka gagal, meskipun telah berpakaian segak dan tampan seperti hero tamil, setelah mengambil keputusan, mereka mula berjalan keluar sekolah beramai-ramai, gaya macam nak mula menyanyi, tapi semua pasrah, Bahasa Melayu gagal. naik motor (yamaha sport) dan memecut dengan laju, maka sudah lengkap hari mereka
Geng K-pop : kebanyakannya perempuan yang bertudung dan pelajar yang cerdik. mereka cuma melompat kegirangan seperti kanak kanak yang lain, cuma ketika menangkap gambar, isyarat tangan peace, dan teknik mengembungkan mulut tidak pernah terlepas. aku cukup terhibur
Geng Motor : Pada tahun 2011, secara rasminya, mereka sudah mengubah nama panggilan mereka sendiri, dari Mat Rempit, ke Mat Mot (motor) aku pun tak tau kenapa, tapi biarlah. Mereka jenis golongan yang cool, berkacamatakan oakley yang berkilat, dan memberi isyarat badan mengatakan, walaupun oakley abang kilat, tapi motor EX5 abang lagi kilat. sambil mengenakan jaket kulit pada pukul 12 tengah hari (ROMP).
pelbagai ragam, jenis, perangai manusia. terima kasih
No comments:
Post a Comment