Tuesday, June 21, 2011

My skies are turning grey

Aku menulis sebab minda yang dah larat dan letih melihat suasana dunia sebenar yang membosankan serta penuh kepura-puraan. bagi pandangan aku, semuanya warna kelabu ( bukan buta warna ) tidak dinafikan, hidup harus bergerak kehadapan, tapi kalau nak kedepan pun, dengan orang-orang yang bodoh tak boleh juga. Menilai orang dari akal fikirannya, bukan dari luarannya (baru cipta) barulah kita boleh bergerak kehadapan dengan mudah, dengan bantuan rakan-rakan yang berguna. Ingat, rakan harus ada fungsi, bukan niat untuk mempergunakan, tetapi percayalah, rakan yang ada hanya untuk gelak ketawa, ketika tayar kau bocor di highway karak ditengah malam, dia lah yang akan gelakkan kau, bukan sebaliknya. Lepas ni aku nak carik kawan yang bagus sikit. Bukan Mat Lohe (2011) yang berpeleseran di Kolej aku ni





ingat, kongsi satu pentas, melengkapi diri masing-masing, bukannya naik pentas sama-sama, tapi nyanyi lagu lain-lain. ingat, kita tak boleh hidup sorang, tapi kalau hidup ramai-ramai pun susah jugak. It's your life, you make the choice, you know yourself better than the other. try to make the best of it. Thank you, Assalamualaikum

Thursday, June 16, 2011

Back in business

minda aku telah melupakan blog ini, tapi pada satu malam yang menarik, satu perbualan telah membuat aku terfikir, dan berfikir, sampai bila aku nak update blog ni, jadi, marilah kita mula kan :)

phrase 2010 masih hiphop, memang terkenal di kalangan pendengar hiphop, tapi kebelakangan ni, masuk tahun 2011, timbul satu phrase baru iaitu, 2011 semua hiphop. memang tak salah, tapi apabila ada sesetengah manusia yang mendengar lagu hanya untuk menunjuk-nunjuk, itu amat menyakit kan hati aku. bukan nak bermegah dengan ilmu yang aku ada, cuma, aku rasa pendengar harus ikhlas dalam mendengar dan bukan sebaliknya. contohnya, 2011, tahun di mana banyak artis hiphop semakin gah billboard, Wiz khalifa, Eminem, Kanye West dan lain-lain. tidak salah untuk mendengar, cuma bagi aku, aku rasa aku macam curang dengan muzik yang aku suka jika aku hanya mendengar one hit wonder song sahaja. Nasihat aku pada pendengar hiphop a.k.a baru convert dari genre k-pop dan sebagainya, jadi lah pendengar yang ikhlas, jangan tipu dengan diri sendiri. aku mals nak tulis banyak banyak, kerja pun melambak, otak dah mula semak, penyelesaian terbaik, aku berhenti menulis, aku dapat rasa aku dah sedikit rusty dalam penulisan, sedihnya


nasihat dari idola :



Now when the sun come up
I'll be there to say what up
In the morning brush my teeth
Find that clip I been lookin
For since last night
I feel so caught up in a bud
I flow some round in my bedroom turn around see myself in the mirror
I guess I'm cool and
those happy thoughts in my head I'm feeling like I'm Peter Pan minus the tights and the fairies
happy to see how far I've come to the same place it began my dreams and imagination.
perfectly at peace so I move along a bit higher





Kid cudi - up up & away







Tuesday, March 29, 2011

I'm stalking, oops, I'm starving

Minda dan badan aku dapat cuti hari ni, jadi aku membuat keputusan untuk mengemaskini blog aku yang tak popular mana pun (biarlah) . sebagaimana yang kau orang tahu, keputupusan SPM telah pun keluar, dan aku antara calon yang terpaksa melawan pelbagai halangan seperti naga, samurai, dan tentera berhelikopter (sucker punch). cerita yang pelik dan menakutkan. berbalik kepada cerita, pelbagai reaksi dari pelbagai genre orang telah aku lihat pada hari tu. antaranya,

Geng India : banyak dari mereka gagal, meskipun telah berpakaian segak dan tampan seperti hero tamil, setelah mengambil keputusan, mereka mula berjalan keluar sekolah beramai-ramai, gaya macam nak mula menyanyi, tapi semua pasrah, Bahasa Melayu gagal. naik motor (yamaha sport) dan memecut dengan laju, maka sudah lengkap hari mereka


Geng K-pop : kebanyakannya perempuan yang bertudung dan pelajar yang cerdik. mereka cuma melompat kegirangan seperti kanak kanak yang lain, cuma ketika menangkap gambar, isyarat tangan peace, dan teknik mengembungkan mulut tidak pernah terlepas. aku cukup terhibur


Geng Motor : Pada tahun 2011, secara rasminya, mereka sudah mengubah nama panggilan mereka sendiri, dari Mat Rempit, ke Mat Mot (motor) aku pun tak tau kenapa, tapi biarlah. Mereka jenis golongan yang cool, berkacamatakan oakley yang berkilat, dan memberi isyarat badan mengatakan, walaupun oakley abang kilat, tapi motor EX5 abang lagi kilat. sambil mengenakan jaket kulit pada pukul 12 tengah hari (ROMP).


pelbagai ragam, jenis, perangai manusia. terima kasih

Wednesday, February 16, 2011

Im lost

Minda berputar maka badan pun bergerak, bergerak secara seminimum yang mungkin sebab tidak mahu membuang tenaga. Jadi aku mula duduk depan PC dan mula menaip. Minda terdetik untuk menulis bila mendengar lagu LOST (coldplay ft Jay-z) wow, sangat membuka mata. Aku dah terlampau jauh menyimpang dari hidup norma masyarakat dan agama. Maaf, aku dah berjanji takkan mencerita tentang keburukan sesiapa dalam blog ni. Hari ni aku mahu berkongsi lagu yang berjaya membuat aku berfikir





I just got lost
Every river that I tried to cross
Every door I ever tried was locked
Oh and I’m just waiting ‘til the shine wears off





menarik bukan ? kalau tak faham, cuba selam dalam sikit :)


sebab aku post lagu ini bukan mahu syok sendiri (tipu) sebenarnya, dari pemerhatian aku, aku lihat terlampau banyak benda atau kejadian yang membuat aku terfikir, adakah filem Roland Emmerich akan menjadi kenyataan. Petanda memang sudah banyak, hidayah ada dimana-mana, cuba kita sebagai manusia tidak mahu melihat atau mengendahkanya. terpulang pada diri sendiri.


Tuesday, February 1, 2011

IDOL IN MY EYES, LORD OF THE GAME




Bila minda dah rajin, tapi badan bekerja, macam ni lah keputusannya. blog yang bersawang. nasib baik ada bangla yang kerja raya china ni. boleh aku upah diorang kemaskan blog aku (bayar triple) berdasarkan post aku yang lepas, aku rasa kau orang dah tahu sebab aku menulis. tak perlu aku ulang banyak kali. dalam post ni, aku nak tunjukkan idola idola aku dalam hip-hop atau pun penggerak minda dan badan aku.



Mr West

Kid Cudi

Lupe Fiasco


niat aku bukan untuk berlagak, cuma mahu berkongsi maklumat atau minat terhadap sesuatu yang aku suka buat. Aku bukan Hustler, jauh sekali untuk digelar Swagger, cuma rakyat biasa yang mementingkan budaya. Aku percaya bahawa, kalau kau, aku tidak mengamalkan sangat budaya melayu ni, tetapi kau tetap dengan sesuatu budaya, kau mendalaminya, mengkajinya, insyaallah budaya melayu takkan hilang dalam diri kau walaupun kau seorang pendengar hip-hop tegar.


nasihat dari idola, baca dan fahamkan :)

I dont know where I'm goin.

My Dad died, and he left me his degrees.
My mom would always say "Dad, why dont you work?",
But he just kept learning.
All the other kids parents were working and saving up money for school,
And I was actaully in school all when my dad was in school.
He was so gready with degrees, he took my degree.
And now I'm just glad he left me these.
Because all the regular homeless people have newspaper, and look what I have.
These are documented.
My father left them for me.
And Im going to leave them to my kids.
I'm going to learn too.
I'm going to get super smart, so I to can die without money.
But I'll be the smartest dead guy.
Who has that.


coretan dari Kanye west tentang Degree yang dia banggakan sangat

Monday, December 20, 2010

Permulaan kebosanan aku :)

Mindaatasbadan di cipta atas dasar pemikiran yang banyak dan tiada tempat untuk aku meluahkannya, itulah penyebab aku untuk menulis blog ini. Nama blog ini (minda atas badan) datang apabila aku lebih banyak berfikir dan tidak mempedulikan fizikal aku lagi (gemuk). Abang MM kata 2011 satu lagi scene, atau ideologi yang agak asing bagi rakyat Malaysia ( love ) iaitu Hip-hop atau di gelar oleh makcik aku (orang seluar besar) aku tak tau kenapa. Jadi blog ini akan dirangka berdasarkan minat aku dan isu semasa yang aku rasa layak aku perdebatkan. Takkan aku nak maki perdana menteri sebab nak buat bangunan 5 billion kot ( tidak perlu ).


KRS-ONE
DR.DRE



Hip-hop bagi diri aku ibarat anjakan paradigma dek kerana genre yang aku minat lebih kepada Lyrical hiphop dimana ia lebih kepada cerita kehidupan dan bukan sebaliknya ( kemaluan wanita ) aku lebih menghargai muzik begini kerana bagi aku muzik memainkan pernanan yang penting dalam hidup, bukannya dengar membuta tuli sahaja. contohnya


Polan1 :berjalan dengan muka bangga "hai kawan, kau tau tak Justin Bieber datang Malaysia !( mata ada api)


Polan2 : siapa dia tu ? (orang batu)

Polan1 : aku pun tak kenal (jiran) tapi lagu dia best dan sangat mencuit hati, tambahan pula, ramai awek suka dia

Polan2 : macam best jee, kalau aku dengar lagu dia, ramai laa awek nak dekat aku ? gila lah, lepas ni aku nak jadi pembunuh wanita (ladykiller). hahaha

Polan1 : sama lahh macam aku. kita hafal lagu dia, lepas tu kita nyanyi dekat awek (bakal)

Polan2 : kita hebat !

Pandangan aku amat berbeza dengan contoh diatas kerana bagi aku muzik ialah satu tambahan dalam hidup dan amat berguna, ibarat ayah dengan Broery Marantika, memang susah untuk dipisahkan. Aku menghayati setiap lirik lagu dan aku cuba adaptasi dalam aspek kehidupan aku. Dan cuba untuk menjadi individu yang lebih baik. Lebih banyak akan di post dan dikongsi bersama anda. Tunggulah jikalau minda dan badan aku dah bergerak seiring, terima kasih, Assalamualaikum