Monday, December 20, 2010

Permulaan kebosanan aku :)

Mindaatasbadan di cipta atas dasar pemikiran yang banyak dan tiada tempat untuk aku meluahkannya, itulah penyebab aku untuk menulis blog ini. Nama blog ini (minda atas badan) datang apabila aku lebih banyak berfikir dan tidak mempedulikan fizikal aku lagi (gemuk). Abang MM kata 2011 satu lagi scene, atau ideologi yang agak asing bagi rakyat Malaysia ( love ) iaitu Hip-hop atau di gelar oleh makcik aku (orang seluar besar) aku tak tau kenapa. Jadi blog ini akan dirangka berdasarkan minat aku dan isu semasa yang aku rasa layak aku perdebatkan. Takkan aku nak maki perdana menteri sebab nak buat bangunan 5 billion kot ( tidak perlu ).


KRS-ONE
DR.DRE



Hip-hop bagi diri aku ibarat anjakan paradigma dek kerana genre yang aku minat lebih kepada Lyrical hiphop dimana ia lebih kepada cerita kehidupan dan bukan sebaliknya ( kemaluan wanita ) aku lebih menghargai muzik begini kerana bagi aku muzik memainkan pernanan yang penting dalam hidup, bukannya dengar membuta tuli sahaja. contohnya


Polan1 :berjalan dengan muka bangga "hai kawan, kau tau tak Justin Bieber datang Malaysia !( mata ada api)


Polan2 : siapa dia tu ? (orang batu)

Polan1 : aku pun tak kenal (jiran) tapi lagu dia best dan sangat mencuit hati, tambahan pula, ramai awek suka dia

Polan2 : macam best jee, kalau aku dengar lagu dia, ramai laa awek nak dekat aku ? gila lah, lepas ni aku nak jadi pembunuh wanita (ladykiller). hahaha

Polan1 : sama lahh macam aku. kita hafal lagu dia, lepas tu kita nyanyi dekat awek (bakal)

Polan2 : kita hebat !

Pandangan aku amat berbeza dengan contoh diatas kerana bagi aku muzik ialah satu tambahan dalam hidup dan amat berguna, ibarat ayah dengan Broery Marantika, memang susah untuk dipisahkan. Aku menghayati setiap lirik lagu dan aku cuba adaptasi dalam aspek kehidupan aku. Dan cuba untuk menjadi individu yang lebih baik. Lebih banyak akan di post dan dikongsi bersama anda. Tunggulah jikalau minda dan badan aku dah bergerak seiring, terima kasih, Assalamualaikum