Tuesday, March 29, 2011

I'm stalking, oops, I'm starving

Minda dan badan aku dapat cuti hari ni, jadi aku membuat keputusan untuk mengemaskini blog aku yang tak popular mana pun (biarlah) . sebagaimana yang kau orang tahu, keputupusan SPM telah pun keluar, dan aku antara calon yang terpaksa melawan pelbagai halangan seperti naga, samurai, dan tentera berhelikopter (sucker punch). cerita yang pelik dan menakutkan. berbalik kepada cerita, pelbagai reaksi dari pelbagai genre orang telah aku lihat pada hari tu. antaranya,

Geng India : banyak dari mereka gagal, meskipun telah berpakaian segak dan tampan seperti hero tamil, setelah mengambil keputusan, mereka mula berjalan keluar sekolah beramai-ramai, gaya macam nak mula menyanyi, tapi semua pasrah, Bahasa Melayu gagal. naik motor (yamaha sport) dan memecut dengan laju, maka sudah lengkap hari mereka


Geng K-pop : kebanyakannya perempuan yang bertudung dan pelajar yang cerdik. mereka cuma melompat kegirangan seperti kanak kanak yang lain, cuma ketika menangkap gambar, isyarat tangan peace, dan teknik mengembungkan mulut tidak pernah terlepas. aku cukup terhibur


Geng Motor : Pada tahun 2011, secara rasminya, mereka sudah mengubah nama panggilan mereka sendiri, dari Mat Rempit, ke Mat Mot (motor) aku pun tak tau kenapa, tapi biarlah. Mereka jenis golongan yang cool, berkacamatakan oakley yang berkilat, dan memberi isyarat badan mengatakan, walaupun oakley abang kilat, tapi motor EX5 abang lagi kilat. sambil mengenakan jaket kulit pada pukul 12 tengah hari (ROMP).


pelbagai ragam, jenis, perangai manusia. terima kasih